Thursday, February 19, 2009

PPSMI cetus perbahasan hangat di Parlimen-MALAYSIAKINI

Soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan berkata ia mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya.Katanya PPSMI juga disokong oleh penduduk di kawasannya, lapor Bernama.

"Kelmarin, saya sedih dan kecewa serta merasakan wakil rakyat sudah tidak selamat dalam Dewan ini. Saya dikepung, disergah dan dikatakan kurang ajar oleh seorang yang bertaraf ustaz yang meminta saya menarik balik kata-kata saya mengenai PPSMI.

"Saya cuma cakap apa orang-orang di kawasan saya beritahu. Di Kinabatangan, tidak ada pusat tuisyen bahasa Inggeris dan PPSMI perlu dikekalkan kerana ia menjadi satu cara anak-anak di tempat saya mahir dalam bahasa Inggeris," katanya apabila membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah membantah pelaksanaan PPSMI kerana ia tidak mencapai matlamat membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

"Sains dan Matematik adalah dua subjek yang terikat dengan istilah-istilah sendiri. Dulu kita belajar bahasa Inggeris dalam bahasa tersebut dan menjadi hujah kita ialah PPSMI tidak mencapai matlamat," katanya. (Selanjutnya)

TERIMA KASIH SEMUA!!!


Terima kasih Semua

Terima kasih atas keperihatinan semua rakan-rakan yang memberi sumbangan untuk meringankan beban 2 keluarga Taman Melur Barrios.

Info lanjut sila call Mamat atau Abu


Monday, February 9, 2009

VIDEO CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT-REzinevideo
















Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009

Venue :
Dewan Orang Ramai Taman Bukit Teratai
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Date : 2 FEB 2009
Time : 8.30 pm

GAME UNO



Game nih antara salah satu permainan yg buleh mengisi masa lepak.

Sunday, February 1, 2009

Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009

Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009


Venue
: Dewan Orang Ramai Taman Bukit Teratai
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Date : 2 FEB 2009

Time : 8.30 pm

Speaker / Pemidato :

1- Mustapa kamil Ayub (MT PKR Selangor)

2- Dato' Kamaruddin Jaafar (MP Kelantan)

Be There!!!