Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

BERITA SMS

SUARA KEAMANAN akan ganti Suara KeADILan dan mula terbit hari ini (Selasa 31 Mac) secara mingguan.Dapatkan naskah anda.FWD msj ini sebanyak yang mungkin.

Thursday, March 26, 2009

FOR OUR COMRADE - THIS WEEKEND - HARI PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG!!! JOMLAH

SESIAPA YANG BERMINAT NAK PERGI KE PENAMAAN CALON PARLIMEN BUKIT, PERAK, DATO NIZAR, PADA PAGI AHAD 29/03/2009. NIH BERTOLAK KUL 2 PAGI DAN SAMPAI SANA MUNGKIN KUL 6 ATAU 7 PAGI.SELESAI PENAMAAN CALON, TENGAHARI KITA BALIK, MAKAN DAN TRANSISPORT DISEDIAKAN.KALAU BERMINAT SILA SMS BALIK SEBELUM KUL 12 PM - GENERAL TAMANMELURBARRIOS -Badaq

Tuesday, March 24, 2009

BERITA SMS

Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebentar tadi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat bagi parlimen Bukit Gantang.Calon Pakatan untuk Batang Ai ialah Jawah Geran

BERITA SMS

FRU rempuh secara ganas & lepas gas pemedih mata secara rambang ke arah orang yang sedang mendengar ceramah Anwar di Taman Ria, Sg Petani sebentar tadi.Ramai cedera.

Friday, March 6, 2009

BERITA SMS

SPR menetapkan tarikh penamaan calon piliharaya kecil DUN Batang Ai pada 29 Mac, hari pengundian pada 7 April 2009 sama seperti Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

BERITA SMS

Pidato kebangsaan Ketuanan Rakyat DSAI pada 8 Mac, 09, Ahad, jam 3.30 ptg, di wisma MBSA, Shah Alam.Bersama kita meraikan kemenangan Rakyat.

Sebarkan.

WARGA TAMAN MELUR - AF7


Biar peminat berteka-teki
5 Mar 2009
Norhadiani Baharom


TRANSFORMASI sedang berlaku dalam Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) apabila nama 20 calon pelajar diumumkan terlebih dulu sebelum identiti Pengetua didedahkan kepada umum.

Program terbitan Astro dan berjaya mencipta fenomena itu sengaja membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai identiti Pengetua AF7 kerana melihatnya sebagai satu tarikan dan kejutan. Sejak sebulan lalu, media membuat pelbagai spekulasi dan ramalan siapakah bakal pengetua AF7.

Antara nama-nama yang disebut ialah Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak malah ramai yakin tahun ini Astro melantik pengetua wanita selepas diterajui Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Roslan Aziz dan Ramli Sarip.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, berkata, Astro melihat situasi itu sebagai satu publisiti berterusan yang dapat menghangatkan lagi musim baru AF.

“Ikut perancangan asal, Pengetua AF7 sepatutnya diperkenalkan serentak dengan peserta. Bagaimanapun, kami mengubah fikiran dan mengambil keputusan mendedahkan identitinya selepas ini,” katanya ketika sidang media memperkenalkan 20 pelajar AF7, kelmarin.

Pelajar AF7 terdiri daripada 10 wanita dan 10 lelaki. Mereka ialah Amim (Abdul Hamim Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor), AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah), Akim (Afiq Hakim Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor), Obri (Ahmad Sobri Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor), Kelana (Kelana Ayu, 40, Bintulu, Sarawak), Aril (Khairil Azam Pilus, 24, Kuala Lumpur), (Selanjutnya)

Thursday, March 5, 2009

PENGUMUMAN BUAT PENDUDUK SEKITAR!!!

Just nak inform...Besok 6hb Mac pukul 9pagi - 11 pagi MPAJ ada mengadakan hari bertemu pelanggan di dewan Taman Melur, Jln Melur 7. Kalau ada nak lapor apa-apa masalah di kawasan tempat anda, boleh lah datang melaporkannya.Saya baru diberitahu petang tadi.

Sebarkan maklumat ini.Harap maklum...TQ

Dari : 012-3447xxx

BIG CYCLE MARCH TO PENANG


Host: Critical (M)ass
Type: Trips - Camping Trip
Network: Global
Start Time: Monday, March 23, 2009 at 4:00am
End Time: Sunday, March 29, 2009 at 12:00am
Location: annexe, cm
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 0166410718

Email: kertaskertas@gmail.com, massakritikal@gmail.com

For more info and description just click here

BERITA SMS

Salam, Tenaga tuan2 sekali lagi diperlukan untuk Himpunan Mansuhkan PPSMI.Digalakkan bermalam di Taman Melewar untuk taklimat keselamatan dan planning pada 6 mac 2009.Pastikan bawa t-shirt Amal, seluar hitam, kasut, baju hujan plastik, garam dan sebotol air mineral untuk mengelakkan sebarang semburan.

Wednesday, March 4, 2009

BERITA SMS

Himpunan aman 100.000 sempena penyerahan memorandum PPSMI di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan diteruskan walaupun tanpa permit. HRKH

Thursday, February 19, 2009

PPSMI cetus perbahasan hangat di Parlimen-MALAYSIAKINI

Soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan berkata ia mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya.Katanya PPSMI juga disokong oleh penduduk di kawasannya, lapor Bernama.

"Kelmarin, saya sedih dan kecewa serta merasakan wakil rakyat sudah tidak selamat dalam Dewan ini. Saya dikepung, disergah dan dikatakan kurang ajar oleh seorang yang bertaraf ustaz yang meminta saya menarik balik kata-kata saya mengenai PPSMI.

"Saya cuma cakap apa orang-orang di kawasan saya beritahu. Di Kinabatangan, tidak ada pusat tuisyen bahasa Inggeris dan PPSMI perlu dikekalkan kerana ia menjadi satu cara anak-anak di tempat saya mahir dalam bahasa Inggeris," katanya apabila membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah membantah pelaksanaan PPSMI kerana ia tidak mencapai matlamat membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

"Sains dan Matematik adalah dua subjek yang terikat dengan istilah-istilah sendiri. Dulu kita belajar bahasa Inggeris dalam bahasa tersebut dan menjadi hujah kita ialah PPSMI tidak mencapai matlamat," katanya. (Selanjutnya)