Showing posts with label tamanmelurbarrios agenda. Show all posts
Showing posts with label tamanmelurbarrios agenda. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

REQUEST : RUMAH TUK DIJUAL

(seram beb hehe)


Request tuk i-Refused...

Okeh rumah nih mmg kat corner lot.Area rumah nih kat2 umah Dafik gak.(sebelah umah nih ade longkang besar) Aku da ushar sambil2 tuh snap photo.Ape yg aku tengok rumah nih dah lama tak berpenghuni.Semak samun woo...Dan confirm rumah nih mmg untuk dijual.Amik no pon nih - 016-2171 395

Anyway thanks for your request.Ada rumah lain nanti aku update.

Kredit thanks kat brader Zul

Wednesday, March 18, 2009

DISCOVERY STAGE!!! KES ORGANIZER KAKI KENCING


Okeh...Bab nih aku memang nak bising.Tak sangka di era 2008 yg serba canggih dan ekonomi tgh meleset nih.Masih ada lagi organizer2 melayu (atau inikah kot yang dipanggil ulat Indie) mengambil kesempatan di atas kemeriahan scene2 indiependent di Malaysia.Betul aniaya nih...

Perkara nih pon da disiarkan kat myspace official SKY dan diberitahu sendiri oleh gitarisnya Rizal (homm awok2 gak-ed) Maaf sbb aku langsung tak tahu pasal mende sbb lama tak lepak ngan bebudak SKY.

"SKY menjuarai kategori Best Indie/Newsound @ Discovery Stage band competition anjuran Nightwish Communication,C18 Bangsar KL (2 Ogos'08). Malangnya semua band yang terlibat telah ditipu oleh pihak penganjur. Kesal dengan sikap penganjur yang tidak bertanggungjawab, SKY teruskan semangat (Chaiyok!!) dengan jemputan2 persembahan di sekitar kelab2, hotel2 dan majlis2. Tidak dilupakan juga rancangan television seperti ‘Backup band’ REEF gameshow 1..2..Jus..@ntv7 (7 Ogos'08) juga gig2 seperti RANtAi Merdeka Art Event @ Jaya One, Petaling Jaya (31 Ogos'08). Seterusnya SKY bermain di Moto GP @ Sepang International Circuit, Sepang (19 Okt '08). " (Selanjutnya)

Haha sial gile lah organizer tuh.Suka2 dia je bawak lari duit pertandingan.Isu nih selalu berlaku akibat sikap tak berhati-hati kita dalam membuat deal.Tapi tak jugak.kalau dah nasib kita nak kena tipu.Kena tipu gak beb.(Mungkinkah perangai sebegini yang UMNO selalu terapkan tuk generasi kita) Hahaha!!!

So buat Discovery Stage.Ada peluang, kita akan cari lu ke lubang cacing!!!

Tunggu pendedahan terbaru yang disiarkan melalu temubual berkenanan dengan isu ini melalui En Rizal.Wait2...

Note : Niat aku ialah ingin menyedarkan scenister2 bahawa jangan tertipu dengan organizer2 bangsat penipu dan pembelit.Semua band lak tuh dia leh tipu.Gampang!!!

Tuesday, March 17, 2009

APA DAH JADI BOIKOT2 NIH - DARI INFORMASI KE AKSI

Obama idiot!!!
Kenapa ko tak ubah dasar
luar ko!!!

Asyik cerita politikal jer.Kita ke subjek lain lak iaitu subjek boikot!!!Tapi kena gak politik sikit2-ed

Krisis ekonomi yang melanda sehingga kini menjadikan ekonomi Amerika terus kecut dan terus malap.Akibat daripada perang Israel.Ekonomi dunia terus menjunam dan meleset sama sekali.Hal ini turut dirasakan warga Malaysia dan juga warga dunia.

Aku pun turut terasa.Hari2 aku lepak Hasma Tomyam takde duit nk minum-iklan

Kemelesetan ekonomi akan berterusan hingga untuk 2-3 tahun dan kemelesetan ekonomi kali ini adalah yang paling teruk dan buruk berbanding tahun2 yang lain.

Kenapa?

Ramai diantara penganalisi2 ekonomi (spt aku-ed) berpendapat bahawa kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku adalah akibat boikot yang berterusan di seluruh dunia.Memboikot apa sahaja produk2 dari USA dan Israel akibat perang di Palestine.Dan inilah yang dilakukan berikutan kemarahan rakyat dunia yang marahkan kezaliman Israel terhadap warga Palestine.

Disebabkan boikot inilah rakyat dunia meraikan betapa 'manis'nya kemelesetan ekonomi hasil daripada boikot2 nih.Inilah yang membuatkan Amerika dan Israel harus akur dan tunduk terhadap tentangan hasil daripada boikot2 nih.Tapi Amerika tetap Amerika, Israel tetap Israel...Tiada apa pon yang boleh menghalang Amerika dan Israel menyebarkan dakyah2 takbur dan propaganda mereka dalam campur tangan mereka di negara2 hasil jajahan dan idea2 demokrasi tajaannya.Begitu juga syarikat2 kapitalisme yang masih berdiri teguh diserata dunia.

Begitu juga dengan comrade2 disini.Kesedaran comrade agak tinggi dalam bab memboikot barangan2 Amerika berikutan hasil melepak kat warung kopi.Bermakna tiada lagi...

1-Makanan segera cam KFC, Mc donald, Meggi
2-Selua dalam Hush Puppies, boxer (Sapa beli nih woi???)
3-Brand2 kasut cam Converse, Vans, Nike, Adidas (kasut futsal)
4-T-shirt2 Quicksilver, Polo, Crocodile
5-Seluar jeans Levis, Lee
6-Rokok Dunhill, Marlboro
7-Barangan2 komputer cam Microsoft, Dell dsb...
8-Laman2 web spt myspace, fotopages
9-Mcm2 lagi lahhh...

Namum percaya atau tak...Ekonomi Amerika itu gergasi.Senarai2 yang dinyatakan diatas tak mungkin boleh diboikot secara terus.Konsumerisme diatas nama minat dan gaya juga menjadi alasan tuk mencapai status 'mewah' serta lazat atau mudah.Kita tak mungkin lari daripada membeli barangan2 yang dinyatakan diatas kerana ianya berada 'senang disekeliling kita.

Jadi sejauh manakah keberkesanan daripada informasi nih untuk dijadikan aksi???

Tidak!!! dan jangan harap.

-Bersambung

Friday, March 13, 2009

PEKIDA??? PEJUANG AGAMA DAN BANGSA



Taken from here

tamanmelurbarrios said :
Sebut pasal PEKIDA nih satu warta maya nih dah tahu kecibaian diorg dalam arena politik di negara kita nih.PEKIDA nih selalu menampakkan kejelikkan dan ketidakpandaian mereka di luar sana yang rata-ratanya terdiri dari wartawan dan juga orang yang lebih tua.

Korang tgk org tua yg dipanggil ayahanda nih.Harap je songkok tinggi.Tapi akal letak lutut.Otak letak kat bontot.Moral dia disimpan rapi ke dalam peti sejuk.

PEKIDA ini dilihat salah satu organisasi halal yg menghalalkan gangsterisme daripada menyebarkan dakyah mereka yang lebih islamik.Tetapi juga diselitkan unsur supremacist "ketuanan melayu" yang begitu rasis dan fasis.

Aku masih lagi mengerti dan aku paham benar group2 PEKIDA nih sebab ada di antara rakan-rakan kita pon ter'join atas perasaan atau konon2 nak ade org cover la, nak mintak backup la.Kalau gaduh atau nk pukul anak orang nampak gempak sikit ramai2 leh turun.

Kepala butuhhh!!! (tunjukkan jari 'tengah' kat muka diorg) kalau korang kalau tak buat hal.Takkan la orang lain nak usik lu.Lain la kes aniaya ke...Leh terima lagi.

Inilah cerita 3-4 tahun lepas dimana hampir ada diantara comrade2 kita 'ter'masuk group PEKIDA nih.Apa pun alasan mereka sememangnya aku tak setuju langsung ngan dasar2 mereka.Dah macam ajaran sesat pon ada gak.(junjung2 quran tapi perangai cam gampang gak)Tapi malangnya buat comrade2 kita nih sebenarnya tak tahu atau buat2 pekak.Namum trimas buat majalah Mastika (yg lepu dan tepu) membongkar aktiviti2 PEKIDA nih.

Akhirnya isu dan imej PEKIDA dibiarkan berlalu seperti air sungai yang mengalir...

Hari ini...PEKIDA muncul kembali.Muncul muka gengster2 'taik anjing' membuat onar sampai ber'bulu' je mata rakyat seperti aku nih tengok telatah diorang.PEKIDA telah dijadikan 'enemy' untuk dikuburkan sesuai dengan fokus rakyat tuk kuburkan UMNO buat selama-lamanya.

Maka tahniah buat PEKIDA.Korang dah masuk list (Death Note) tuk dikuburkan.Dikuburkan sekali 'Malay Supremacist' yang rasis dan fasis.

SELEPAS PPSMI, LAGI DEMO BESAR DI KL - MALAYSIAKINI


Abdul Rahim Sabri Mar 12, 09 5:47pm
Selepas dibanjiri ribuan penentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu, Kuala Lumpur terselamat daripada rempuhan ribuan penunjuk perasaan sekali lagi bulan ini yang ingin membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rancangan asal Gerakan Mansuh ISA (GMI) untuk menggerakkan penyokongnya dalam satu bantahan besar-besaran 21 Mac ini dibatalkan, kata pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Kempen kemuncak menentang akta kontroversi itu yang digelar Himpunan Mansuhkan ISA telah dilancarkan hujung Disember lepas di Bangi (foto). Ia akan tetap diadakan tetapi pada Jun nanti.Tarikh baru perhimpunan raksasa itu bagaimanapun belum ditetapkan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Ibrahim berkata penangguhan tersebut kerana mengambil kira faktor-faktor semasa termasuk tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung serentak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Keputusan menunda perhimpunan itu dibuat kelmarin dalam mesyuarat jawatankuasa GMI.

Tambahnya, pertemuan pada 23 Mac ini yang melibatkan NGO lain dan parti-parti politik akan membincangkan tarikh baru bantahan pada Jun ini dan pelan kerja untuk menggerakkan orang ramai.(Selanjutnya)

Thursday, March 5, 2009

BERITA SMS

Salam, Tenaga tuan2 sekali lagi diperlukan untuk Himpunan Mansuhkan PPSMI.Digalakkan bermalam di Taman Melewar untuk taklimat keselamatan dan planning pada 6 mac 2009.Pastikan bawa t-shirt Amal, seluar hitam, kasut, baju hujan plastik, garam dan sebotol air mineral untuk mengelakkan sebarang semburan.

Thursday, February 19, 2009

TERIMA KASIH SEMUA!!!


Terima kasih Semua

Terima kasih atas keperihatinan semua rakan-rakan yang memberi sumbangan untuk meringankan beban 2 keluarga Taman Melur Barrios.

Info lanjut sila call Mamat atau Abu


Monday, February 9, 2009

VIDEO CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT-REzinevideo
















Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009

Venue :
Dewan Orang Ramai Taman Bukit Teratai
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Date : 2 FEB 2009
Time : 8.30 pm

Sunday, February 1, 2009

Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009

Ceramah Umum Pakatan Rakyat 2009


Venue
: Dewan Orang Ramai Taman Bukit Teratai
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Date : 2 FEB 2009

Time : 8.30 pm

Speaker / Pemidato :

1- Mustapa kamil Ayub (MT PKR Selangor)

2- Dato' Kamaruddin Jaafar (MP Kelantan)

Be There!!!