Showing posts with label dari blog ke blog. Show all posts
Showing posts with label dari blog ke blog. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

SPM??? 20 A - GILA KENTANG!!!

NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.

PERSOALAN DEMI PERSOALAN???

Mula-mula layan berita nih dulu...

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.Ketua Pengarah Pelajaran...(Selanjutnya)

Pastue berita nih pula...

PENCAPAIAN 25.6% DALAM PPSMI

PMR SEKADAR DITURUNKAN GRED


Assalamualaikum,

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 seolah-olah memberi paspot kepada Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein dengan segala kepongahan mahu meneruskan agenda PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Daripada 472,060 calon PMR, 26,378 pelajar lulus dengan gred A atau 5.96% bagi semua mata pelajaran. Aduhai! Kononnya penguasaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik meningkat berdasarkan keputusan di atas kertas, untuk memberi paspot kepada Dato’ Seri Hishamuddin. Tetapi bagi mereka yang terbabit dengan PMR sama ada guru-guru mahupun kesatuannya memahami tahap gred sengaja diturunkan bagi propaganda kononnya anak-anak Melayu berjaya cemerlang apabila 25.6% mencapai prestasi PPSMI bagi PMR tahun ini...(Selanjutnya)

Ok dah layan berita2 yang berkaitan...Samada korang paham atau tak.Disinilah aku ingin jelaskan...

Sebelum tuh aku nak ucapkan tahniah buat adik Madihah atas pencapaian beliau dlm SPM.Memang gila kentang la ko...Tabik spring!!!

Gred SPM, PMR turun...Bagaimanakah dengan kualiti pendidikan negara kita?

Seringkali aku terasa pelik dengan keputusan SPM dalam beberapa tahun ni.Rata-ratanya semuanya berbaur gemilang, terasa bangga, 9 A la, 18 A la...Yang dipaparkan dikaca television mahupun di laman2 web.Adakah pelajar2 sekolah kita nih benar2 cerdik???

Apakah benar keputusan2 nih memberi impak tentang keberkesanan tentang pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris???Dan dengan penurunan gred SPM, PMR untuk semua subjek.Nyatanya...terpikir tak kalian bagaimanakah dengan kualiti pelajar2 sekolah kita.Malah ianya melibatkan sekali kualiti institusi pendidikan tinggi dan rendah buat warga Malaysia.

Namum apa yang kita akan dapat hasil daripada eksperimen dari acuan Madey dan juga Hisham Keris??

1- Jurang keputusan yang semakin ketara antara pelajar2 sekolah luar bandar dan di bandar.
2- Cikgu2 sekolah yang semakin pening dan sasau cam comrade kita seorang smpai kena sambung belaja.
3- Kroni2 Madey dan Hisham Keris yang dapat projek PPSMI nih semakin kaya dan tamakk!!!
4- Anak laki Hisham Keris yang tengah sekolah nih dapat keputusan yang bagus.Tak aa malu sangat.
5- Mak dan bapak makin susah.Kena fikirkan tuisyen2.Buku2 lagi.Kalau mak dan bapak ko kaya tak pe lah...
6- Sistem koperasi di sekolah akan dibungkus serta merta sebab buku2 rujukan dan latihan telah diwajipkan beli kat kerajaan.
7- Pelajar sekolah kita tiada lagi inisiatif tuk belaja sebab gred da turun maa...Belaja sikit2 sudeh...
8- Mak dan bapak akan sentiasa ditipu dan ditipu kalau dapat sen lebih buat pergi tuisyen kelas BI.Walhal tak payah laa wehh...
9- Mak dan Bapak ditipu lagi sekali melihat keputusan anak2 mereka cemerlang.Walhal markah dapat 60% dah dikira A.
10- Demostrasi besar-besaran rata-ratanya terdiri dari mak dan bapak hinggakan tokey Hasma Tomyam (Mael Nate) cakap "Wat malu Malaysia jer, wat malu kat pelancong" hahaha!!! Mael bongok!!!

Kesan jangka panjang yang aku dapat rumuskan disini...

1- Tiada lagi la manusia2 berotak geliga dan bijak kat negara kita nih di masa yang akan datang.Kalau ada pun mesti penipu, pembelit dan perasuah.Berbanding di tahun 70-an, Malaysia melahirkan ramai pemikir2 hebat cam Usman Awang, A Samad Said, Shanon Ahmad, Hishamuddin Rais dan ramai lagi.(tggu update)

Contoh pembelit yang aku leh labelkan seperti Angka Sawan negara Syed Muzaffar??? Wehh mana dia kajian yg ko cakap ko nak buat kat angkasa lepas tu?? Betul2 ko jadi penumpang dengan darah rakyat.

2- Bila kurangnya kualiti pendidikan, maka ramailah graduan2 yang tak berpontensi dan yang paling best graduan2 kita nih harap je ada ijazah, tapi "Mi No Spik Inglish, Mi No Pil Pom"(pinjam ayat tukar tiub-ed) Tak percaya??? Sila tanya rakan2 sekitar anda yang ada ijazah...Malah bila masuk berkerja pun belum tentu graduan2 ijazah kita boleh melakukan kerja.

3- Semestinya diploma da tak laku untuk sektor2 kejuruteraan, pendidikan dan perindustrian.Melahirkan ramai siswazah penganggur yang terhormat.Isu siswazah tiada kerja pun bukan isu baru.Tapi tak best nya siswazah kena sambung lagi study ke tahap seterusnya.Dan bila dah sampai tahap camtue...Adakah majikan akan mengambil mereka berkerja yang semestinya mahukan pengalaman?Kalau aku jadi majikan pon, aku pon mahukan pengalaman selain menggunakan sijil2 nih...

4- Institusi pendidikan tinggi juga melahirkan ramai prof2 "kang Kung" malah yang paling best sampai yang dah jadi dekan pon boleh.Lebih tercalar dan memalukan gred master atau PHD sampai boleh dibeli dengan duit.

Contoh : Artis melayu kita Dr Fazly.Aku selalu terfikir bila masa lak *mangkuk nih pegi belajar?

Bersambung...

Friday, March 6, 2009

WARGA TAMAN MELUR - AF7


Biar peminat berteka-teki
5 Mar 2009
Norhadiani Baharom


TRANSFORMASI sedang berlaku dalam Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) apabila nama 20 calon pelajar diumumkan terlebih dulu sebelum identiti Pengetua didedahkan kepada umum.

Program terbitan Astro dan berjaya mencipta fenomena itu sengaja membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai identiti Pengetua AF7 kerana melihatnya sebagai satu tarikan dan kejutan. Sejak sebulan lalu, media membuat pelbagai spekulasi dan ramalan siapakah bakal pengetua AF7.

Antara nama-nama yang disebut ialah Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak malah ramai yakin tahun ini Astro melantik pengetua wanita selepas diterajui Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Roslan Aziz dan Ramli Sarip.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, berkata, Astro melihat situasi itu sebagai satu publisiti berterusan yang dapat menghangatkan lagi musim baru AF.

“Ikut perancangan asal, Pengetua AF7 sepatutnya diperkenalkan serentak dengan peserta. Bagaimanapun, kami mengubah fikiran dan mengambil keputusan mendedahkan identitinya selepas ini,” katanya ketika sidang media memperkenalkan 20 pelajar AF7, kelmarin.

Pelajar AF7 terdiri daripada 10 wanita dan 10 lelaki. Mereka ialah Amim (Abdul Hamim Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor), AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah), Akim (Afiq Hakim Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor), Obri (Ahmad Sobri Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor), Kelana (Kelana Ayu, 40, Bintulu, Sarawak), Aril (Khairil Azam Pilus, 24, Kuala Lumpur), (Selanjutnya)

Thursday, February 19, 2009

PPSMI cetus perbahasan hangat di Parlimen-MALAYSIAKINI

Soal untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa wakil rakyat mengemukakan pandangan berbeza berhubung pelaksanaannya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan berkata ia mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya.Katanya PPSMI juga disokong oleh penduduk di kawasannya, lapor Bernama.

"Kelmarin, saya sedih dan kecewa serta merasakan wakil rakyat sudah tidak selamat dalam Dewan ini. Saya dikepung, disergah dan dikatakan kurang ajar oleh seorang yang bertaraf ustaz yang meminta saya menarik balik kata-kata saya mengenai PPSMI.

"Saya cuma cakap apa orang-orang di kawasan saya beritahu. Di Kinabatangan, tidak ada pusat tuisyen bahasa Inggeris dan PPSMI perlu dikekalkan kerana ia menjadi satu cara anak-anak di tempat saya mahir dalam bahasa Inggeris," katanya apabila membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) yang mencelah membantah pelaksanaan PPSMI kerana ia tidak mencapai matlamat membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

"Sains dan Matematik adalah dua subjek yang terikat dengan istilah-istilah sendiri. Dulu kita belajar bahasa Inggeris dalam bahasa tersebut dan menjadi hujah kita ialah PPSMI tidak mencapai matlamat," katanya. (Selanjutnya)