Friday, March 13, 2009

SELEPAS PPSMI, LAGI DEMO BESAR DI KL - MALAYSIAKINI


Abdul Rahim Sabri Mar 12, 09 5:47pm
Selepas dibanjiri ribuan penentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu, Kuala Lumpur terselamat daripada rempuhan ribuan penunjuk perasaan sekali lagi bulan ini yang ingin membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rancangan asal Gerakan Mansuh ISA (GMI) untuk menggerakkan penyokongnya dalam satu bantahan besar-besaran 21 Mac ini dibatalkan, kata pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Kempen kemuncak menentang akta kontroversi itu yang digelar Himpunan Mansuhkan ISA telah dilancarkan hujung Disember lepas di Bangi (foto). Ia akan tetap diadakan tetapi pada Jun nanti.Tarikh baru perhimpunan raksasa itu bagaimanapun belum ditetapkan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Ibrahim berkata penangguhan tersebut kerana mengambil kira faktor-faktor semasa termasuk tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung serentak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Keputusan menunda perhimpunan itu dibuat kelmarin dalam mesyuarat jawatankuasa GMI.

Tambahnya, pertemuan pada 23 Mac ini yang melibatkan NGO lain dan parti-parti politik akan membincangkan tarikh baru bantahan pada Jun ini dan pelan kerja untuk menggerakkan orang ramai.(Selanjutnya)

1 comment:

  1. Haha!!! Aku rasa rakyat lagi teruk kena bantai lagi ngan polis ngan FRU nih haha!!!

    Apa lagi LAWAN TTP LAWAN!!!

    ReplyDelete