Showing posts with label MALAYSIAKINI. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIAKINI. Show all posts

Friday, March 20, 2009

DEMO LAWAN KEGANASAN POLIS-MALAYSIAKINI

Mar 20, 09 11:27am
Gabungan 50 NGO mengancam untuk mengadakan protes besar-besaran terhadap polis kerana didakwa gagal bertindak terhadap pegawai mereka yang bertindak ganas dan mengakibatkan kematian dalam tahanan.

Tempat demonstrasi tersebut, tidak lain tidak bukan, ialah ibupejabat polis di Bukit Aman di Kuala Lumpur, manakala tarikhnya akan diumumkan selepas pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Jurucakap gabungan tersebut, S Manikavasagam berkata, gabungan NGO berkenaan telah mengadakan pertemuan Rabu lalu dan sebulat suara bersetuju bahawa demonstrasi itu perlu diadakan.

"Kita tidak mahu berlaku lebih banyak lagi kematian dalam tahanan," kata Manikavasagam, yang juga anggota jawatankuasa pemantau polis dan hak asasi manusia."Saya tahu terdapat pegawai cawangan khas di di sekitar kita.

Saya mahu mereka jumpa (Ketua Polis Negara Tan Sri) Musa Hassan dan beritahu beliau mengenai perkara ini," katanya.Manikavasagam bercakap kepada pemberita selepas menghadiri siasatan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) terhadap seorang doktor yang didakwa menyembunyikan punca sebenar kematian tahanan polis, A Kugan. (Selanjutnya)

Get ready comrade!!!

Tuesday, March 17, 2009

THE ENEMY IS DOWN-MALAYSIAKINI

Ali Rustam dilarang tanding No 2 Umno
Abdul Rahim Sabri Mar 17, 09 4:22pm

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.

Dengan itu, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.

Hasil siasatan tersebut, seorang - Mohd Ali Rustam - dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Sabah, Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid, dari bahagian Kota Belut. (Selanjutnya)

tamanmelurbarrios said :
Haha...Adakah pemilihan kali nih benar2 telus atau adakah taktik2 gantung-mengantung benar2 mencapai matlamatnya dlm lembaga displin UMNO.Tapi bagi aku tak mungkin lah!!!Ini sebenarnya taktik jer...Ini mainan poligami mereka.

Ini sama juga hal nya dengan istilah "Perampok digantikan dengan Penyangak".Lembaga disiplin UMNO tendang Ali Rustam keluar dan digantikan dengan perampok baru.Sapa perampok baru tuh?Sama2 la kita tunggu...

Melaka masih lagi tak bebas.Gerombolan2 UMNO masih lagi dikatakan berkuasa dari semua aspek.Gerombolan2 nih juga telah memonopoli kontrak2 dan projek2 di negeri Melaka.Yang paling dahsyat.Mentaliti orang-orang Melaka telah habis disedut dan dicangkul menjadi lebih lebong.Korupsi dan rasuah seiring dengan mentaliti orang2 melayu UMNO di melaka.

Hal ini benar2 menjadi barah buat generasi2 baru di Melaka.

Maka UMNO masih tak sedar2 lagi.Ingat lah rakyat tak mudah dibeli la wei...

Sila ucapkan sayonara terakhir buat Ali Rustam.

Friday, March 13, 2009

PENCERAHAN, IDEA REVOLUSIONER DI PERAK

Yeahh!!!Isham is our mentor
Hishamuddin Rais Feb 25, 09 11:55am
Zaman Gelap adalah era golongan agamawan bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah "dihalalkan" oleh agamawan.

Fatwa demi fatwa dikeluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang.

Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri-kendara dalam kemewahan hidup. Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang dirampok oleh kaum feudal semua dihalalkan oleh agamawan.

Dalam masa yang sama, tenaga kerja kaum tani selalu diperah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.Sampai ke suatu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan, mereka pasti akan menerima balasan dan dimasukkan ke neraka.(Selanjutnya)

tamanmelurbarrios said :
Yeahh idea2 yg dipaparkan melalui artikel dari Pak Isham benar2 memberi inspirasi dalam membudayakan pemikiran2 baru buat anak2 muda dewasa ini.

Tahniah kat Pak Isham sbb dah jadi jutawan da.2 juta pengunjung tak smpai satu tahun.Memang hits dan lebih radikal menjadikan comrade2 melurbarrios nih lebih ketagih dan terus ketagih membaca penulisan2 beliau.Hahaha...

HINA RAJA: PENULIS BLOG DIDAKWA ESOK


Hafiz Yatim Mar 12, 09 9:28pm
Enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Azlan Shah dalam blog atau melalui komen yang disiarkan.

Difahamkan mereka terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang.

Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama.

Difahamkan, mereka didakwa kerana menyiarkan komen yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis politik di negeri tersebut, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan oleh Barisan Nasional selepas tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) keluar parti.

Krisis tersebut sampai ke kemuncaknya apabila Sultan Azlan Shah meminta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian, menyebabkan perkara itu diheret ke mahkamah Kuala Lumpur dan Ipoh.Tidak diketahui sama ada antara mereka yang akan didakwa itu terbabit dalam perbuatan memutuskan pautan ke lamanweb diraja Perak.

Hukuman penjara, denda

Unit Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah menyiasat kes tersebut sejak sebulan lalu.Difahamkan individu-individu terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".(Selanjutnya)

SELEPAS PPSMI, LAGI DEMO BESAR DI KL - MALAYSIAKINI


Abdul Rahim Sabri Mar 12, 09 5:47pm
Selepas dibanjiri ribuan penentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu, Kuala Lumpur terselamat daripada rempuhan ribuan penunjuk perasaan sekali lagi bulan ini yang ingin membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rancangan asal Gerakan Mansuh ISA (GMI) untuk menggerakkan penyokongnya dalam satu bantahan besar-besaran 21 Mac ini dibatalkan, kata pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Kempen kemuncak menentang akta kontroversi itu yang digelar Himpunan Mansuhkan ISA telah dilancarkan hujung Disember lepas di Bangi (foto). Ia akan tetap diadakan tetapi pada Jun nanti.Tarikh baru perhimpunan raksasa itu bagaimanapun belum ditetapkan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Ibrahim berkata penangguhan tersebut kerana mengambil kira faktor-faktor semasa termasuk tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung serentak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Keputusan menunda perhimpunan itu dibuat kelmarin dalam mesyuarat jawatankuasa GMI.

Tambahnya, pertemuan pada 23 Mac ini yang melibatkan NGO lain dan parti-parti politik akan membincangkan tarikh baru bantahan pada Jun ini dan pelan kerja untuk menggerakkan orang ramai.(Selanjutnya)

Friday, March 6, 2009

AKHBAR : NAJIB JUMPA ATLANTUYA DI KELAB-MALAYSIAKINI

Mar 5, 09 3:20pm
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Selanjutnya