Biar peminat berteka-teki
5 Mar 2009
Norhadiani Baharom
TRANSFORMASI sedang berlaku dalam Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) apabila nama 20 calon pelajar diumumkan terlebih dulu sebelum identiti Pengetua didedahkan kepada umum.
Program terbitan Astro dan berjaya mencipta fenomena itu sengaja membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai identiti Pengetua AF7 kerana melihatnya sebagai satu tarikan dan kejutan. Sejak sebulan lalu, media membuat pelbagai spekulasi dan ramalan siapakah bakal pengetua AF7.
Antara nama-nama yang disebut ialah Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak malah ramai yakin tahun ini Astro melantik pengetua wanita selepas diterajui Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Roslan Aziz dan Ramli Sarip.
Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, berkata, Astro melihat situasi itu sebagai satu publisiti berterusan yang dapat menghangatkan lagi musim baru AF.
“Ikut perancangan asal, Pengetua AF7 sepatutnya diperkenalkan serentak dengan peserta. Bagaimanapun, kami mengubah fikiran dan mengambil keputusan mendedahkan identitinya selepas ini,” katanya ketika sidang media memperkenalkan 20 pelajar AF7, kelmarin.
Pelajar AF7 terdiri daripada 10 wanita dan 10 lelaki. Mereka ialah Amim (Abdul Hamim Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor), AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah), Akim (Afiq Hakim Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor), Obri (Ahmad Sobri Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor), Kelana (Kelana Ayu, 40, Bintulu, Sarawak), Aril (Khairil Azam Pilus, 24, Kuala Lumpur), (Selanjutnya)

No comments:
Post a Comment