Showing posts with label THE ENEMY IS DOWN. Show all posts
Showing posts with label THE ENEMY IS DOWN. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

MANIFETSO "DARI INFORMASI KE AKSI" 2009

Oraitt...Comrade sekalian...Disini ada pengumuman tentang manifetso yang bakal kalian hadap dan hidu hingga menjadi keras, tegakberdiri serta berwarna hitam pekat!!! Bakal digosok dan ditolak tarik hingga ke pancutan terakhir.Kalian akan disedut masuk ke dalam panji2 revolusi yang ingin dipropagandakan khas untuk kepentingan bersama.Tapi kita yang 'miskin' mahukan 'lebih' daripada itu.Mana puas weii sorang2...

Manifetso untuk tamanmelurbarrios tahun 2009 akan memulakan segmen "Dari Informasi Ke Aksi"(Akan dijelaskan sebentar nanti)

Antara manifetso kami yang berjaya buat setakat ini berkenaan dengan wilayah jajahan comrade ialah :

1- Berjaya merampas kembali dewan serbaguna yang dahulunya milik parti UMNO.Trimas buat Pakatan Rakyat Selangor.Lokasi sekitar dewan2 serbaguna di sekitar DUN teratai.Maka comrade boleh bermain ping pong tanpa halangan dari Pak Cik UMNO yang perasan dewan tu bapak dia yang punya.Sekarang nih sapa2 pun boleh gunakan dewan tu untuk apa2 acara sekalipun.

2- Berjaya merampas kembali kutipan duit pasar malam yang dahulunya dikutip oleh cawangan Hulu Langat.Dan sekarang nih Pasar Malam Taman Melur kini adalah milik Surau Melur bawah.Bab nih aku tak tahu sapa nyer keje??? Nanti gua check balik.

3- Walaupun comrade2 kita datang berlainan parti dan pendapat serta bermulut busuk (celupar). Kita masih lagi menerapkan budaya hormat saling menghormati antara satu sama yang lain.Hormati la orang2 yang lebih tua daripada anda.Walaupun orang tua tuh mulut busuk!!! Respect each other okeh...

4- SQUAD futsal (saturday weekend) dan bola sepak (Melurga) masih dahagakan aksi untuk bermain dengan dimana-mana acara sekalipun.Atas nama solidariti.Comrade Kechik telah berjaya menganjurkan 'aksi' pertandingan bermain bola 4 lawan 4 tahun lepas.Bawah 15 tahun dan hanya untuk warga kanak2 sekitar Taman Melur sahaja.

5- Berjaya meminimakan pengangguran di kalangan comrade.Tetapi ramai antara comrade kita yang masih lagi menjadi student di IPTS dan IPTA.Belaja rajin2 wehh hahaha...

Selain daripada itu...itu aje lah yang aku ingat.Ada sapa2 nak tambah...

MANIFETSO "DARI INFORMASI KE AKSI" 2009

Kita akan mulakan agenda tentang :

1- FREE MECCA CAMPAIGN
Sipnosis :
Agak pelik lagi dan korang jangan terkejut.kenapa perlu kita bebaskan Mekah dari Saudi Arabia?Bagaimanakah pembebasan Mekah itu harus men'injunsifikasi dalam pemikiran umat Islam di hari ini.Tahu tak kalian bahawa Mekah itu harus dinaungi dan bukan di'miliknegara'kan oleh Saudi Arabia.Kenapa dan kenapa???Kita akan menyelusuri sejarah dan text2 kajian berkenaan dengan isu ini bahawa mengapa Mekah harus dibebaskan segera!!!

2- MALAYSIAKU NEGARA BERBUDAYA
Sipnosis :
Mengenang kembali kehidupan masa kecil comrade2, permainan2 yang telah lama ditinggalkan, habit, dan pelbagai lagi aksi akan dibongkar bagi memenuhi arkib sejarah untuk 10 tahun hadapan.Turut diceritakan sekali tentang fesyen, music, seiring dengan perjalanan sejarah.Bagaimanakah masyarakat kita dibudayakan sendiri dengan konsesi pemikiran dinamik hasil kerjasama kerajaan yang memerintah pada waktu itu.Percaya atau tak, kitalah membudayakan sendiri budaya kita.

3- MENGUBURKAN PARTI TUNJANG "KETUANAN" MELAYU
Sipnosis :
Dah lebih 51 tahun memerintah.Makin kayap rakyat dibuatnya.Apa yang korang semuanya macam sial.Dari segi ekonomi, rasuah, mentaliti, projek2 gagal, rakyat digula-gula'kan sehingga kini proses penjenamaan semula PARTI KETUANAN MELAYU nih nampaknya semakin gagal.Pembunuh dan perompak membarisi pemerintahan negara dan kita akan lihat sendiri satu-persatu ahli2nya ditinju masuk ke lubang kubur.Sesuai dengan fokus Pakatan Rakyat yang mahu yang mahu menukar Malaysia nih menjadi NEGARA RAKYAT.Rakyat makin muntah dan muak melihat lakonan korang.

4- FEUDALISME MAUT DAN REPUBLIKAN HIDUP
Sipnosis :
Sesuai dengan isu 'main belakang' di Perak dan 9 orang yang telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina Sultan.Maka dengan ini lahirlah roh2 Hang Jebat dikalangan comrade yang menentang keistimewaan dan ke'daulatan raja2 Kapoor dan Beruk atas kebodohan baginda itu sendiri.Ingat rakyat nih sembab sangat ke nak diperbodoh2kan dan disuruh taat setia.Bagi kami tiada lagi istilah Raja Adil Raja Disembah, Raja ZAlim Raja Disanggah.Yang kami mahukan ialah Raja2 Kapor dan Beruk ini harus disumbat masuk ke dalam muzium atau ke lubang kubur.

Pada masa yang sama.Kita akan proposed agenda republikan yang lebih real dimana kita akan belaja sendiri bagaimanakah negara2 lain menggulingkan Raja2 nya sendiri bagi menaikkan kepimpinan pilihan rakyat.Juga diselitkan sejarah2...

Dan yang lain2...Ada sapa2 nak tambah...Kalau tiada manifetso nih akan bermula...

Tuesday, March 17, 2009

APA DAH JADI BOIKOT2 NIH - DARI INFORMASI KE AKSI

Obama idiot!!!
Kenapa ko tak ubah dasar
luar ko!!!

Asyik cerita politikal jer.Kita ke subjek lain lak iaitu subjek boikot!!!Tapi kena gak politik sikit2-ed

Krisis ekonomi yang melanda sehingga kini menjadikan ekonomi Amerika terus kecut dan terus malap.Akibat daripada perang Israel.Ekonomi dunia terus menjunam dan meleset sama sekali.Hal ini turut dirasakan warga Malaysia dan juga warga dunia.

Aku pun turut terasa.Hari2 aku lepak Hasma Tomyam takde duit nk minum-iklan

Kemelesetan ekonomi akan berterusan hingga untuk 2-3 tahun dan kemelesetan ekonomi kali ini adalah yang paling teruk dan buruk berbanding tahun2 yang lain.

Kenapa?

Ramai diantara penganalisi2 ekonomi (spt aku-ed) berpendapat bahawa kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku adalah akibat boikot yang berterusan di seluruh dunia.Memboikot apa sahaja produk2 dari USA dan Israel akibat perang di Palestine.Dan inilah yang dilakukan berikutan kemarahan rakyat dunia yang marahkan kezaliman Israel terhadap warga Palestine.

Disebabkan boikot inilah rakyat dunia meraikan betapa 'manis'nya kemelesetan ekonomi hasil daripada boikot2 nih.Inilah yang membuatkan Amerika dan Israel harus akur dan tunduk terhadap tentangan hasil daripada boikot2 nih.Tapi Amerika tetap Amerika, Israel tetap Israel...Tiada apa pon yang boleh menghalang Amerika dan Israel menyebarkan dakyah2 takbur dan propaganda mereka dalam campur tangan mereka di negara2 hasil jajahan dan idea2 demokrasi tajaannya.Begitu juga syarikat2 kapitalisme yang masih berdiri teguh diserata dunia.

Begitu juga dengan comrade2 disini.Kesedaran comrade agak tinggi dalam bab memboikot barangan2 Amerika berikutan hasil melepak kat warung kopi.Bermakna tiada lagi...

1-Makanan segera cam KFC, Mc donald, Meggi
2-Selua dalam Hush Puppies, boxer (Sapa beli nih woi???)
3-Brand2 kasut cam Converse, Vans, Nike, Adidas (kasut futsal)
4-T-shirt2 Quicksilver, Polo, Crocodile
5-Seluar jeans Levis, Lee
6-Rokok Dunhill, Marlboro
7-Barangan2 komputer cam Microsoft, Dell dsb...
8-Laman2 web spt myspace, fotopages
9-Mcm2 lagi lahhh...

Namum percaya atau tak...Ekonomi Amerika itu gergasi.Senarai2 yang dinyatakan diatas tak mungkin boleh diboikot secara terus.Konsumerisme diatas nama minat dan gaya juga menjadi alasan tuk mencapai status 'mewah' serta lazat atau mudah.Kita tak mungkin lari daripada membeli barangan2 yang dinyatakan diatas kerana ianya berada 'senang disekeliling kita.

Jadi sejauh manakah keberkesanan daripada informasi nih untuk dijadikan aksi???

Tidak!!! dan jangan harap.

-Bersambung

THE ENEMY IS DOWN-MALAYSIAKINI

Ali Rustam dilarang tanding No 2 Umno
Abdul Rahim Sabri Mar 17, 09 4:22pm

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.

Dengan itu, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.

Hasil siasatan tersebut, seorang - Mohd Ali Rustam - dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Sabah, Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid, dari bahagian Kota Belut. (Selanjutnya)

tamanmelurbarrios said :
Haha...Adakah pemilihan kali nih benar2 telus atau adakah taktik2 gantung-mengantung benar2 mencapai matlamatnya dlm lembaga displin UMNO.Tapi bagi aku tak mungkin lah!!!Ini sebenarnya taktik jer...Ini mainan poligami mereka.

Ini sama juga hal nya dengan istilah "Perampok digantikan dengan Penyangak".Lembaga disiplin UMNO tendang Ali Rustam keluar dan digantikan dengan perampok baru.Sapa perampok baru tuh?Sama2 la kita tunggu...

Melaka masih lagi tak bebas.Gerombolan2 UMNO masih lagi dikatakan berkuasa dari semua aspek.Gerombolan2 nih juga telah memonopoli kontrak2 dan projek2 di negeri Melaka.Yang paling dahsyat.Mentaliti orang-orang Melaka telah habis disedut dan dicangkul menjadi lebih lebong.Korupsi dan rasuah seiring dengan mentaliti orang2 melayu UMNO di melaka.

Hal ini benar2 menjadi barah buat generasi2 baru di Melaka.

Maka UMNO masih tak sedar2 lagi.Ingat lah rakyat tak mudah dibeli la wei...

Sila ucapkan sayonara terakhir buat Ali Rustam.

Friday, March 13, 2009

PEKIDA??? PEJUANG AGAMA DAN BANGSA



Taken from here

tamanmelurbarrios said :
Sebut pasal PEKIDA nih satu warta maya nih dah tahu kecibaian diorg dalam arena politik di negara kita nih.PEKIDA nih selalu menampakkan kejelikkan dan ketidakpandaian mereka di luar sana yang rata-ratanya terdiri dari wartawan dan juga orang yang lebih tua.

Korang tgk org tua yg dipanggil ayahanda nih.Harap je songkok tinggi.Tapi akal letak lutut.Otak letak kat bontot.Moral dia disimpan rapi ke dalam peti sejuk.

PEKIDA ini dilihat salah satu organisasi halal yg menghalalkan gangsterisme daripada menyebarkan dakyah mereka yang lebih islamik.Tetapi juga diselitkan unsur supremacist "ketuanan melayu" yang begitu rasis dan fasis.

Aku masih lagi mengerti dan aku paham benar group2 PEKIDA nih sebab ada di antara rakan-rakan kita pon ter'join atas perasaan atau konon2 nak ade org cover la, nak mintak backup la.Kalau gaduh atau nk pukul anak orang nampak gempak sikit ramai2 leh turun.

Kepala butuhhh!!! (tunjukkan jari 'tengah' kat muka diorg) kalau korang kalau tak buat hal.Takkan la orang lain nak usik lu.Lain la kes aniaya ke...Leh terima lagi.

Inilah cerita 3-4 tahun lepas dimana hampir ada diantara comrade2 kita 'ter'masuk group PEKIDA nih.Apa pun alasan mereka sememangnya aku tak setuju langsung ngan dasar2 mereka.Dah macam ajaran sesat pon ada gak.(junjung2 quran tapi perangai cam gampang gak)Tapi malangnya buat comrade2 kita nih sebenarnya tak tahu atau buat2 pekak.Namum trimas buat majalah Mastika (yg lepu dan tepu) membongkar aktiviti2 PEKIDA nih.

Akhirnya isu dan imej PEKIDA dibiarkan berlalu seperti air sungai yang mengalir...

Hari ini...PEKIDA muncul kembali.Muncul muka gengster2 'taik anjing' membuat onar sampai ber'bulu' je mata rakyat seperti aku nih tengok telatah diorang.PEKIDA telah dijadikan 'enemy' untuk dikuburkan sesuai dengan fokus rakyat tuk kuburkan UMNO buat selama-lamanya.

Maka tahniah buat PEKIDA.Korang dah masuk list (Death Note) tuk dikuburkan.Dikuburkan sekali 'Malay Supremacist' yang rasis dan fasis.